Sunday, January 3

HARIAN METRO


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/DekoTaman/20100102105153/Article/indexv_html

Konsep sendiri
Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my

PERABOT dan hiasan dalaman walaupun kadangkala dianggap elemen kecil dalam seni dekorasi, ia mampu mencipta suatu kelainan jika bijak menyusun di kediaman.

PERABOT dan hiasan dalaman walaupun kadangkala dianggap elemen kecil dalam seni dekorasi, ia mampu mencipta suatu kelainan jika bijak menyusun di kediaman.Bagi pemilik Iman Home Decor, Rosni Otho, keberanian pemilik kediaman menampilkan kelainan dekorasi dengan sentuhan kreativiti dapat memberi kelainan yang menarik.

"Setiap individu mempunyai kreativiti tersendiri dan tidak perlu terikut-ikut dengan konsep penataan di kediaman lain."Suasana yang cuba dicetuskan perlu praktikal, selesa dan sedap mata memandang, selain memberi keceriaan kepada penghuni," katanya.Kebijaksanaan memilih perabot dan aksesori hiasan perlu disesuaikan dengan latar dinding untuk memberikan keseimbangan tatahias untuk segenap ruang.Bagi memberi imej yang santai dan ringkas, susun atur perabot dan aksesori hiasan perlu diolah kemas serta teratur."Jangan malu memilih perabot atau aksesori yang murah asalkan ia sesuai dengan susun padan yang anda mahukan."Ruang santai perlu diberi wajah yang lebih sederhana untuk mewujudkan suasana tenang dan damai," katanya.

Ketika sibuk menyusun dan menentukan kedudukan aksesori di rumah, jangan lupa elemen cahaya terutama penggunaan lampu yang sesuai.Bagi menzahirkan fungsi utama sesebuah ruang, pemilik perlu memikirkan kaedah yang praktikal dengan meletakkan lampu di tempat atau ruang perlu supaya sesuai dengan konsep dekorasi.Pilih lampu yang sesuai bagi memastikan penggunaan warna dinding, kemasan lembut, perabot dan aksesori hiasan dapat ditampilkan dalam suasana lebih selesa.Bagi bilik remaja lelaki, konsep santai dan sempurna paling menarik diketengahkan manakala bilik anak gadis, dicadangkan menggunakan tema gaya Inggeris.

Mengenai Iman Home Decor, ia menawarkan pelbagai perabot dan aksesori hiasan dalaman bergaya Inggeris."Tidak semestinya gaya Inggeris hanya berlatarkan bunga semata-mata kerana kreativiti memilih corak petak dengan pilihan rona harmoni tetap menarik perhatian."Sentuhan kreatif atau menghasilkan sendiri aksesori hiasan seperti alas meja, langsir dan sarung kerusi pastinya memberikan kepuasan paling bermakna," katanya.

Berada di Iman Home Decor, anda berpeluang mengambil idea yang diketengahkan untuk kediaman sendiri.Anda yang berminat sila kunjungi Iman Home Decor di No 10, Jalan Suakasih 1/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor atau layari www.yourimanhomedecor.blogspot.com.


Harian Metro, 19 December 2009

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/DekoTaman/20091219115128/Article/indexv_html

Sarung tombol pintu
Oleh Hartini Mohd Nawi tini@hmetro.com.my

LEBIHAN kain membuat langsir, alas meja atau pakaian boleh dimanfaatkan secara kreatif bagi mengelakkan pembaziran.Menghasilkan sendiri sarung menarik untuk tombol pintu tentunya mengubah penataan ruang kediaman anda yang dulunya suram tampil lebih ceria. Apatah lagi, proses menghasilkannya tidak memerlukan bajet yang tinggi dan ia menarik dihasilkan sama ada jahitan tangan atau mesin.
Ikuti langkah demi langkah menghasilkan sarung kreatif tombol sebagai aksesori hiasan unik ilham kreatif Iman Home Decor.
Sebarang maklumat kunjungi kedai berkenaan yang terletak di No 10, jalan Suakasih 1/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor atau layari www.yourimanhomedecor.blogsport.com.

Sediakan bahan:
- Lebihan kain yang digunting sama dengan ukuran piring teh.
- Renda- Getah (jenis suku inci)
- Benang
- Gunting.

Langkah 1- Cantumkan kain dan renda mengikut ukur lilit kain.
Langkah 2- Kacip (gunting) lebihan kain yang dicantumkan tadi supaya bentuk bulat dihasilkan sepenuhnya.
Langkah 3- Jahit bahagian tepi kain yang dicantumkan dengan renda tadi bagi mewujudkan kekemasan.
Langkah 4- Jahit getah dengan teliti.