Betul kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan dan masa mengajar kita menjadi dewasa. 8 tahun berkecimpung di dalam bidang ini memberi 1001 pengalaman yang amat berharga. Segalanya dilewati dan dirasai pahit manisnya. Bermula dengan rentak pelanggan sehinggalah karenah dominasi pihak pembekal.
Sejujurnya, sebagai pihak penyedia perkhidmatan, kami ingin melihat pelanggan kami berpuashati dengan setiap sen yang dibayar. Kami inginkan pelanggan kami gembira dengan produk & khidmat kami. Kami menganggap pelanggan kami adalah kawan jangka panjang. InsyaAllah, kawan inilah nanti yang akan menyampaikan cerita-cerita menarik kepada kawan-kawannya yang lain.
Alhamdulillah, sepanjang 8 tahun di bidang ini, pihak pelanggan amat sukakan perkhidmatan kami. Ramai yang telah datang semula untuk membuat tempahan baru selepas 2,3 tahun. Kami amat berterima kasih diatas kepercayaan berterusan yang mereka berikan.
Menyentuh pihak pembekal pula, disinilah ujian yang lebih besar yang tidak dapat dielak, harus kita tangani.
Bidang hiasan memerlukan kepakaran kita untuk merealisasikan keinginan pelanggan. Cadangan atau proposal kita perlu cerdik, menarik dan memberikan WOW kepada pelanggan. Disinilah daya kreativiti dan ilham sangat-sangat diperlukan. Alhamdulillah, Designer kami yang pakar mampu untuk menangani dan membuat sebutharga yang akhirnya dipersetujui oleh pihak pelanggan kami.
Designer kami selalunya akan memilih fabrik yang ada di dalam koleksi kami. PASAYA adalah jenama fabrik yang amat menjadi pilihan masa kini. Ianya lebih eksklusif berbanding jenama lain yang telah lama dan senang di dapati di pasaran. Harganya pun agak berpatutan dibandingkan dengan janama fabrik yang "bernama" di negara kita. Jika tuan/puan bercadang untuk menukar langsir baru, PASAYA memang menjadi pilihan kami untuk kami cadangkan kepada tuan/puan.
Cubalah!