Tuesday, November 26

Fabrik Pilihan



Alhamdulillah, bila petang-petang begini awan mendung menjadikan suasana tenang dan nyaman. Kebiasaannya, hujan akan menyusul sebentar lagi. Berhati-hatilah kepada yang akan memandu pulang dari pejabat ke rumah masing-masing.

Saya juga perlu memandu untuk pulang ke rumah dari showroom Iman Home Decor. Sekarang saya hanya memerlukan 15 minit sahaja masa pemanduan rumah - showroom dan sebaliknya. Sebelum ini, saya berkerja di syarikat Telco terbesar di Bangsar yang memerlukan sekurang-kurangya sejam perjalanan.

Di Iman Home Decor, saya & kakitangan yang lain amat mengutamakan kualiti produk dan servis kami. Menjadi prinsip kami, mesra pelanggan dan kepuasan pelanggan amat diutamakan. Kami bertanggung jawab untuk memberikan cadangan yang terbaik kepada pelanggan kami. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh pelanggan mestilah sesuatu yang berbaloi untuk mereka.

Bermacam jenama fabrik yang kami ada, dari "low" kepada "high range". Di sini saya merujuk kepada yang berharga murah kepada yang mahal. Secara mudahnya, semakin mahal fabrik tersebut, semakin tinggi kualiti dan nilai estatikanya. 8 tahun didalam bidang ini, kami memang telah arif tentang mutu dan kesesuaian fabrik yang kami ada.

Ramai pelanggan kami yang datang sememangnya telah tahu apa yang mereka inginkan. Dengan kepakaran yang kami ada, proses pemilihan konsep dan kesesuaian fabrik menjadi lebih mudah. Selalunya, kami memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih sendiri "range" fabrik yang saya percaya berdasarkan bajet masing-masing. Menjadi etika kami untuk tidak bertanyakan bajet pelanggan secara terang-terangan.

Terima kasih.

Fabrik pilihan ramai masa kini. Sila klik untuk enlarge.

No comments: