As Salam. Simpati kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terlibat. Semoga semuanya tabah mengharungi ujian ini.
Bila kita redha dengan ketentuanNya, insyaAllah, kita akan diberi ganjaran yang jauh lebih baik & tidak dijangkakan.
Tidak kira siapa dan di mana, kesan & trauma banjir memang menduka citakan. Naluri kita, emosi kita akan sedikit terganggu. Berfikirlah secara positif, kita jalan terus. Tumpukan kepada rancangan masa hadapan untuk mengatasi kedukaan ini. Mohon maaf, saya juga insan biasa. Takut disalah ertikan sebab saya tidak mengalaminya.
Sumbangan saya di sini hanyalah buah pendapat saya sahaja. Jika sesuai, jadikanlah panduan, jika tidak, anggaplah ianya sebagai bahan bacaan sahaja.
Apa yang saya maksudkan adalah tentang kemasan & hiasan dalaman rumah kita. Bila banjir melanda, tidak dinafikan air akan memasuki & menenggelamkan perabut, dan semua alatan dan hiasan di dalam rumah kita. Jika kita bernasib baik, mungkin air banjir tersebut hanya bermalam untuk sehari dua sahaja. Nasib kurang baik, sehingga seminggu barangan kita berendam lamanya. Jika ianya jarang-jarang berlaku, mungkin ianya tidak dijangka. Tetapi, andainya kawasan rumah kita memang saban tahun mengalami banjir, tibalah masanya untuk kita memasang strategi baru.
1. Kurangkan penggunaan perabut kayu. Tukarkan dengan perabut yang berasaskan rotan atau aluminium.
2. Kemasan dinding. Gunakan cat sahaja, elakkan memasang wallpaper. Dengan teknologi cat sekarang, kotoran lumpur yang melekat boleh dicuci dengan mudah sahaja.
3. Minimakan penggunaan karpet. Sekali terendam, minta ampun....
4. Sediakan para-para yang agak besar & tinggi. Bila berlaku air sedang naik, punggahkan semua barangan seperti kain baju, bantal, kusyen sofa di situ.
5. Buat kabinet dapur (bahagian bawah) yang berasaskan konkrit dan berpintukan aluminium.
Begitulah sedikit sebanyak antara tip-tip yang mungkin sesuai untuk dibuat panduan.
No comments:
Post a Comment